Mohon. Pinta. Harap
Allahu Allah..
Allah, aku mohon, disepanjang jalan yang aku lalui, kuatkanlah aku
lindungilah aku, sayangilah aku, bimbinglah aku, pimpinlah niatku,
kerana aku tahu Engkau sentiasa ada bersamaku ,
Allah, aku pinta , jagalah aku, dia dan sekalian umat manusia,
dalam bertatih,berjalan,kadang berlari,tersungkur,
aku pinta sedikit kekuatan dariMu,
kerana aku tahu Engkaulah pemilik kekuatan,
Allah, aku harap ampunilah aku, maafkanlah aku,
kerana aku ini hanya Hamba, Hamba-Mu yang amat lemah,
sungguh,aku mahu syurga-Mu,
namun,pantaskah aku?
layakkah aku?
malu untuk memohon...
sudah banyak yang Engkau kurniakan,
bersyukurkah aku?
layakkah aku untuk meminta itu dan ini..
pastinya nikmat yang Allah kurniakantidak terhitung,banyak,sungguh banyak.
T_T
Bersyukurlah wahai diri...
Terima Kasih Tuhan,
atas setiap apa yang Engkau kurniakan..
^__^
No comments:
Post a Comment