Saturday 20 July 2013

#Random

aku juga wanita.
hanya seorang an-nisaa'
aku mengerti akan perasaan itu.
pasti wujud.
walau dirimu nampak tabah.
aku tahu ia sangat payah.
T_T

Bertabahlah.
mungkin sangat perit.
sukar untuk menerima sebuah takdir Yang Maha Esa.
maka,bersabarlah.
Allah itu Maha Adil.


walau apa yang terjadi.
anggaplah ia ujian dari Allah.
moga ianya.
inshaa Allah.
mampu menjadi mahar untuk ke syurga.


andai ini yang Allah takdirkan.
maka, pujuklah hati.
moga sentiasa dalam dakapan Ilahi.
senyum :")


Hak.
namun, harus ingat.
jagalah sebuah ketaatan pada yang selayaknya.
kerana ia lebih dari segala.
ingatlah.
kerana daripada sebuah ketaatan.
ianya mampu membawa wanita ke syurgaNya.


walau hatimu patah seribu.
ketahuilah, sungguh.
Allah amat kasih pada mereka yang bersabar dalam ujian.
Allah hadiahkan.
Tanda DIA kasih.




DOA.
dekatilah ALLAH.
Allah itu Maha Mendengar.
walau bisu.
sukar diungkap.
Allah itu Maha Mengetahui.


jika aku berada di tempat itu.
pastilah menginginkan yang terbaik.
doa yang baik-baik.
inshaa Allah.
pasti Allah hadirkan yang terbaik.



#siapalah diantara kita yang mahukan sebuah kasih sayang direntap oleh yang lain untuk dikongsi bersama?
AKU PASTI TIADA YANG RELA.


Sunday 14 July 2013

Hadiah dari ALLAH :')

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hye everyone!

sedar tak sedar.
pejam celik pejam celik.
now, its already 5 Ramadhan.
moga terus istiqamah beribadah kepada Allah.
inshaa Allah. Ameen.

This is going to be the best.

akhirnya, selepas pelbagai soalan timbul.
setelah sekian lama menunggu.
sangat teruja untuk tahu.
detik 12 pm, 11 julai 2013 muncul.
alhamdulillah membawa berita gumbira. heee
:))

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Perbankan dan Kewangan Islam) Universiti Malaysia Kelantan.

Terima Kasih Ya Allah.
This will be going to be the best from Allah for me, for my family, for my future ,for my life, for my dunya akhirat, for Islam and for ummah.
Inshaa Allah.

dan kini,
aku mengerti,
inilah takdir, inilah hadiah,
inilah pilihan dari Allah,
inilah impian yang Allah tunaikan,
inilah yang dicita-citakan,
inilah sebuah tanggungjawab,
inilah sebuah pengorbanan,
inilah sebuah amanah,
inilah anugerah dari Allah azza wajalla.

sukar digambarkan.
ternyata sangat teruja.
akan ku genggan segulung ijazah,
insha Allah, 4 tahun dari sekarang.
mohon doa dari kalian.

buat teman-teman seperjuangan,
mabrouk alaikuma.
ingatlah.
ini rezeki dari Allah.
Allah kurniakan peluang kepada kita untuk menuntut di pelbagai bidang dan berbeza tempat.
Maka, pastilah Allah sediakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Ada hikmah dan ibrahnya.
Terbaik dari Allah, tentunya dan pastilah terbaik buat kita.
Dan mungkin ada di kalangan kita,
Allah berikan sesuatu yang tak diminta dan tak pernah diduga,
sungguh, bersabarlah.
terimalah walau payah.
jika kita rasa langkah dihadapan itu seolah sukar,
ingatlah Allah telah memudahkan perjalanan kita ketika dilahirkan sehingga hari ini.
Bergantunglah pada DIA.


"Allah does not want to place you in difficulty, but He wants to purify you and to complete His Favour on you that you may be thankful"
(Quran 5:6)

Every test, there's a lesson.
Everything happens, there's a hikmah.
That's Allah's promise.
we should always trust.
keep smile and du'a :))




For all the du'a you've prayed for me, may it goes back to you. May Allah bless us.
Jazakumullah khairan kathira.
=)

Ya Allah, grant us what we love in the way You love.
Ameen :))

p/s: 
     1) mabrouk buat ahli usrah.ustaz text semalam dan ucap tahniah buat semua. btw, baby girl ustaz dah masuk 5 bulan. teringin sangat nak tengok baby. ustaz ckp 'comel macam ayah dia la..hehe. ustaz sekarang menunggu tawaran ke ireland utk buat phd kt sane. moga Allah permudahkan ustaz sekeluarga. inshaa Allah.
     2)baru ku sedar, banyak sangat yang perlu disettlekan. a lot okey. borang tawaran, nk uruskan ptptn, nak apply itu ini, transcript tak settle lagi. uwaaaa..:( moga Allah bantu. 
    3)dr. yana text me ptg td. betapa excitednya dia cerita pegi beli cincin. ehem. bila pakai cincin ni, terasa la mcm dah "berpunya" .Haha.. ayat dia yang tak boleh tahan, "tapi nanti kan xdop orang approach plak sbb ingtkan dah berpunya". don't worry okeyh :)
   4)jazakillah kheir kak syib. happy dapat ucapan salam ramadhan from melbourne australia. wah, jaulah ke sana nampaknya. salam ramdhan jugak buat akak sayang from malaysia. tehee..
  5) istikharah, itu lah yang terbaik. antara medik dan sc aktuari, Allah Maha Mengetahui. maka, itqan yea.insha Allah, Allah will give you the best place to serve the ummah :))


sekian. 



Wednesday 10 July 2013

Ahlan Ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Kareem :)
1 Ramadhan 1434H
10 Julai 2013

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.
Ramadhan. 1 perjuangan.

Jadikan Ramadhan itu penuh bermakna.

bila datang bulan Ramadhan,
mungkin akan ada yang bertanya, sudah bersediakah aku?
atau mungkin ada yang tak sabar-sabar untuk menyambutnya,
atau mungkin yang tidak ambik kisah mengenai kedatangan bulan Ramadhan ini.
tanya iman, di manakah kita?


"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa"
(surah al-baqarah ayat 183)

Taqwa.
orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berpuasa.
namun,belum tentu orang yang berpuasa adalah orang yang bertaqwa.
kalau kita lihat,
mereka berpuasa, tapi tidak solat,
lebih mengutamakan ibadah sunat dari ibadah fardhu,
ada yang berpuasa tapi enggan keluarkan zakat.

adakah dengan berpuasa,
Allah mengira mereka ini orang yang bertaqwa?
bagaiman ukuran taqwa yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini?

Taqwa itu  dihati.
bukan hati yang kering, tapi hati yang sihat.
hati yang benci akan kemungkaran.
hatinya sensitif dengan dosa dan dahagakan kebaikan
walau perkara itu hanya makruh, namun hatinya tetap merasa gerun untuk melakukan perkara itu,
bimbang dirinya terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram.
begitulah hati-hati orang yang 'muttaqin'

Ramadhaan tahun ini,
moga lebih terisi,
moga lebih bermakna,
moga lebih diredhai Allah.

Beribadah pada Tuhan,
memburu sinar seribu satu malam,
Lailatul Qadr,
Hanya dengan ketentuan-Nya.

fikir.
bagaimana mahu persembahkan yang terbaik buat Sang Pencipta?
^^

tambah amalan sunat.disamping amalan fardhu.
yes.
tapi perlukan istiqamah.
niat kerana Allah.

lets  fill this Ramadhan with LOVE, TAQWA & IBADAH.


Perkemas niat.
perbaiki amalan.
perkuat azam dan tekad.
Target !!
kita bukan hamba Ramadhan , kita hamba Allah.



p/s:
 1) i'm still waiting for upu. doakan kejayaan kami !
 2)jealous dan juga sangat gembira pada mereka yang update status " ramadhan pertama buat kami  suami isteri,1st year sahur bersama ..."    
3)juga bahagia melihat senior-senior yang baru bergelar ummi dan abi. moga mujahid kecil menjadi qurratu ayyun penyeri sebuah kebahagiaan.
*aku? -___-


    








Monday 1 July 2013

Vice Versa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hai :))

sangat eksaited nak jumpa ramadhan..
bulan yang mulia dan penuh dengan barakah.
dah ready??
sungguh rasa tak sabar kan..
moga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadhan.
untuk itu,
macam mane iman,ilmu dan amal?
al-quran dah habis berapa juzu' di bulan  rejab dan syaaban ni?
macam mane pulak dengan sedeqah, akhlak dan amalan sunat lain?
bertambah atau berkurang??

tepuk dada, tanya iman...:))


MAHAL

kita ni tak pernah rasa cukup.tak pernah nak rasa bersyukur.
merungut jee, bersungut, dan suka mengeluh,,
haih.
semua, serba tak kena kan.. :(
kalau harga barang mahal skit pon merungut.
tapi, tak hairanlah barang tu berjenama.
apa orang cakap,
menang membeli,menang memakai..
ehh, yeke?


begitu jugalah nikmat syurga yang diulang-ulang dalam AL-Quran,
nampak seperti mudah untuk mencapainya.
Benar,bukan mudah untuk meraih syurga. tapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kita ke sana.
biarpon "tiket" ke syurga itu mahal, namun Allah dah sediakan guide and rule pada kita.
Allah dah beri panduan yang jelas, iaitu dalam Al-Quran.

jom! ayuh kita bermujahadah.
tanamkan cita-cita dan impian untuk meraih keredhaan Allah.
dan jangan lupa untuk sentiasa kukuhkan iman dan kekalkan nilai istiqamah dalam diri.
pintalah cinta dan rahmat daripada Allah.

Mahalkah syurga? ya, keperitan mujahadah "dibayar tunai" dengan nikmat syurga.


MURAH

Kenapa kita perlu rasa tak puas hati bila sesuatu barang yang dibeli itu rosak dan tidak tahan lama?
usah kita menyalahkan sesiapa.
yang membeli itu kita,
yang membuat keputusan untuk membeli itu pon kita.
risiko pon kita lah yang kena tanggung,
tak gitu?

contohnya,dalam kehidupan seharian kita,
amal yang kita lakukan tu pon main-main,
tak bersungguh-sungguh dan kosong.
tiada mutu sebab sikap kita.
buat kerja sambil lewa dan suka bertangguh.
hasilnya pastilah "murah"
pelaburan sedikit, jangan diharap keuntungan yang tinggi pada akhirnya!

tetapi, aspek murah jugak ada kekuatan tersendiri.
mahu mendapat rezeki yang berlipat kali ganda,
so,kenalah murah tangan untuk melakukan amal yang baik..
jangan jual mahal untuk menambah ibadah disisi Allah , ya?

disini, maksudnya,
tidak cukup dengan ibadah fardhu,
ringan-ringankan anggota untuk buat ibadah sunat juga,
demi untuk medekatkan diri kepada Allah.
benar, murah sahaja nilainya kerana ia dilakukan daripada diri sendiri,
tetapi mendapat ganjaran yang mahal daripada Allah.
wah,seronok bukan?

=)


Kita semua berharga.
sangat istimewa.

LAKUKAN SESUATU !

p/s: buat si bakal doktor, mabrouk kerana berjaya dalam interview semalam! mumtaz untuk ummah ye :))
moga sentiasa najah di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana...i'm very happy for you! hee
: )