Wednesday, 22 May 2013

Masih Mencari

diuji tanda sayang.

Allah menguji tanda Dia sayang.
kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti.
ye,antara kita berbeza,
jalan yang kita lalui,
ujian yang kita terima,
mungkin kerana kemampuan yang berbeza.
ketabahan dan kekuatan aku cari,
kamu belajar melalui cara begitu,
dan aku belajar melalui cara begini.
berbeza bukan.

aku masih belajar sesuatu daripada setiap apa yang Allah kuniakan.
memiliki sesuatu itu bukan atas sebab kekuatan dan ketabahan,
namun,semua itu milik Allah,
dari situ aku belajar untuk menghargai.
pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah.
setiap apa yang Allah takdirkan,
tak mungkin itu semua sia-sia,
ada hikmah yang perlu aku renungi,


Allah nilai apa yang kita lalui,
dan itulah takdir yang Allah telah tetapkan.
dan Allah Maha Mengetahui segala derita,penat dan lelah itu,
usah gusar wahai diri,
walau retak hatimu,
Dia tidak pernah sekali meninggalkan,
Mungkin inilah yang Dia Mahu.

rasa sebak.
lemahnya iman ini..

T_T

Masih mengharapkan doa kalian,
moga aku ini terus thabat.
mungkin dengan berkat doa kalian juga lah aku masih disini,
masih meneruskan langkahan ke arah suatu yang lebih baik,
mencari erti diri.
mencari sebuah kehidupan yang Allah redhai.

:")

ujian itu indah di akhirnya
kerana ujian itu satu anugerah juga satu nikmat,
semua kesabaran dan ketabahan kita lalui,
dihadiahkan dengan seindah hikmah dan ibrah.


    مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
            "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan mendatangkan       kepadanya musibah/ujian."
[HR Imam Ahmad رحمه الله.]



Setiap apa yang datang dari Sang Kekasih pasti akan membahagiakan dan selalu membahagiakan.
Ujian tanda Allah sayang.
kalau nak bandingkan nikmat yang Allah hadiahkan,
aku tidak layak untuk mengeluh dengan satu ujian yang Allah beri.
Hakikatnya,ujian itu pastilah terselit satu kelembutan amat indah sekali.
ujian itu penuh kasih sayang dan sarat dengan cintaNya.




Terima Kasih Ya Allah..



No comments:

Post a Comment