Monday, 1 July 2013

Vice Versa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum and hai :))

sangat eksaited nak jumpa ramadhan..
bulan yang mulia dan penuh dengan barakah.
dah ready??
sungguh rasa tak sabar kan..
moga Allah sampaikan kita kepada bulan Ramadhan.
untuk itu,
macam mane iman,ilmu dan amal?
al-quran dah habis berapa juzu' di bulan  rejab dan syaaban ni?
macam mane pulak dengan sedeqah, akhlak dan amalan sunat lain?
bertambah atau berkurang??

tepuk dada, tanya iman...:))


MAHAL

kita ni tak pernah rasa cukup.tak pernah nak rasa bersyukur.
merungut jee, bersungut, dan suka mengeluh,,
haih.
semua, serba tak kena kan.. :(
kalau harga barang mahal skit pon merungut.
tapi, tak hairanlah barang tu berjenama.
apa orang cakap,
menang membeli,menang memakai..
ehh, yeke?


begitu jugalah nikmat syurga yang diulang-ulang dalam AL-Quran,
nampak seperti mudah untuk mencapainya.
Benar,bukan mudah untuk meraih syurga. tapi ia bukan sesuatu yang mustahil untuk kita ke sana.
biarpon "tiket" ke syurga itu mahal, namun Allah dah sediakan guide and rule pada kita.
Allah dah beri panduan yang jelas, iaitu dalam Al-Quran.

jom! ayuh kita bermujahadah.
tanamkan cita-cita dan impian untuk meraih keredhaan Allah.
dan jangan lupa untuk sentiasa kukuhkan iman dan kekalkan nilai istiqamah dalam diri.
pintalah cinta dan rahmat daripada Allah.

Mahalkah syurga? ya, keperitan mujahadah "dibayar tunai" dengan nikmat syurga.


MURAH

Kenapa kita perlu rasa tak puas hati bila sesuatu barang yang dibeli itu rosak dan tidak tahan lama?
usah kita menyalahkan sesiapa.
yang membeli itu kita,
yang membuat keputusan untuk membeli itu pon kita.
risiko pon kita lah yang kena tanggung,
tak gitu?

contohnya,dalam kehidupan seharian kita,
amal yang kita lakukan tu pon main-main,
tak bersungguh-sungguh dan kosong.
tiada mutu sebab sikap kita.
buat kerja sambil lewa dan suka bertangguh.
hasilnya pastilah "murah"
pelaburan sedikit, jangan diharap keuntungan yang tinggi pada akhirnya!

tetapi, aspek murah jugak ada kekuatan tersendiri.
mahu mendapat rezeki yang berlipat kali ganda,
so,kenalah murah tangan untuk melakukan amal yang baik..
jangan jual mahal untuk menambah ibadah disisi Allah , ya?

disini, maksudnya,
tidak cukup dengan ibadah fardhu,
ringan-ringankan anggota untuk buat ibadah sunat juga,
demi untuk medekatkan diri kepada Allah.
benar, murah sahaja nilainya kerana ia dilakukan daripada diri sendiri,
tetapi mendapat ganjaran yang mahal daripada Allah.
wah,seronok bukan?

=)


Kita semua berharga.
sangat istimewa.

LAKUKAN SESUATU !

p/s: buat si bakal doktor, mabrouk kerana berjaya dalam interview semalam! mumtaz untuk ummah ye :))
moga sentiasa najah di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat sana...i'm very happy for you! hee
: )





1 comment:

  1. perkongsian yg menarik, mahal vs murah..tahniah jgk tuk bkal doktor tu,he3 :)

    ReplyDelete