Friday, 24 May 2013

Diari 13 Rejab 1434


khamis. 23 mei 2013.
13 Rejab 1434 M.
iftar bersama keluarga.

alhamdulillah,Allah izinkan lagi dapat berbuka bersama keluarga,
sungguh berselera kami makan,
kebetulan pulak mama buat sup ayam..yummy2!
kalau bab makan,memang semua laju.
seperti sedia maklum..*ayat skema skit
kan dalam sup ayam,atau pun mana2 sup lah, ada rempah ratusnya...
kalau xde,memang la xjadi sup tu..kan3?
*bunyi macm serba tahu kan..hehe


haha...mama tanya..
"ni kenal x apa yang ada dalam sup ni?"
me is cakap ada la kita kenal..
mama tanya, "haa, yang ni apa nama dia?" sambil tu mama tnjuk halia,
saya dengan confident jawab" kunyit"...hahaha...
malunya...*tampar diri sendiri
salah laa...adik jawab," tu halia la"...


kan dah salah. sob3
acano ni kakak salah..huhu
sebab tu la abah selalu pesan,
belaja la masak tu...
ye la.ye la...nanti belaja la..

haa...mama cakap, ni memang xlepas kalau balik umah mertua..
masak xpandai..
mama cakap before balik umah mertua,before kawen la,
kena buat lecture memasak,
tunjuk dlu,yang ni halia,yang ni kunyit..
haaa,, idea tu sangat bernas..ngeh2


sebab tu lah,kalau bukak channel masak AFC, or masterchef ,
Abah sibuk dok tnya kak long tau tak masak ni bla bla bla.
saja beliau nk suruh belaja msak,
yelah ,abah cakap. xkan la nk beli kat kedai je,
kena la pandai masak,
nanti suami mintak masak,pastu xpandai lagi.

buat bakal suami,
sorry lah kalau saya ni slow skit bab2 di dapur ni.hee
insha Allah,
saya akan usahakan belaja masak.
so,awak pun kalau boleh belaja la skit2,
supaya nanti xde lah kita ni terkontang-kontang kat dapur nanti.

bila fikir balik,
betul jugak kan,kalau belaja awal2,
yang untung kita jugak,
yang boleh masak kita jugak,bukan orang lain.

sejujurnya,memasak vs mengemas,
saya sangat suka mengemas,
sebab saya xboleh tengok benda bersepah,
almaklumlah,kita xpenah rasa ada adik kecik.
semua dah besar,rumah pun sentiasa kemas,
tapi,memasak bukan no.2.
sebelum masuk palam,biasanya tolong mama and nenek masak,
tapi sebab kan jarang balik rumah,jadi lama-lama lupa step2 nak masak.
kekok skit la.lama xmasuk dapur..



moga semangat nak belajar masak semakin bertambah
doakan tau...
yang penting rajin dan ikhlas..
wanita yang pandai masak kan lebih disayangi semua orang,
acewaahhh...

:")


lastly,masakan ibu pastilah yang paling sedap di dunia.
terima kasih mama kerana selalu masak yang sedap-sedap untuk kami..
love you fillah  =)










Wednesday, 22 May 2013

Masih Mencari

diuji tanda sayang.

Allah menguji tanda Dia sayang.
kadang-kadang aku sendiri tidak mengerti.
ye,antara kita berbeza,
jalan yang kita lalui,
ujian yang kita terima,
mungkin kerana kemampuan yang berbeza.
ketabahan dan kekuatan aku cari,
kamu belajar melalui cara begitu,
dan aku belajar melalui cara begini.
berbeza bukan.

aku masih belajar sesuatu daripada setiap apa yang Allah kuniakan.
memiliki sesuatu itu bukan atas sebab kekuatan dan ketabahan,
namun,semua itu milik Allah,
dari situ aku belajar untuk menghargai.
pengharapan dan pergantungan hanya kepada Allah.
setiap apa yang Allah takdirkan,
tak mungkin itu semua sia-sia,
ada hikmah yang perlu aku renungi,


Allah nilai apa yang kita lalui,
dan itulah takdir yang Allah telah tetapkan.
dan Allah Maha Mengetahui segala derita,penat dan lelah itu,
usah gusar wahai diri,
walau retak hatimu,
Dia tidak pernah sekali meninggalkan,
Mungkin inilah yang Dia Mahu.

rasa sebak.
lemahnya iman ini..

T_T

Masih mengharapkan doa kalian,
moga aku ini terus thabat.
mungkin dengan berkat doa kalian juga lah aku masih disini,
masih meneruskan langkahan ke arah suatu yang lebih baik,
mencari erti diri.
mencari sebuah kehidupan yang Allah redhai.

:")

ujian itu indah di akhirnya
kerana ujian itu satu anugerah juga satu nikmat,
semua kesabaran dan ketabahan kita lalui,
dihadiahkan dengan seindah hikmah dan ibrah.


    مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُصِبْ مِنْهُ
            "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan mendatangkan       kepadanya musibah/ujian."
[HR Imam Ahmad رحمه الله.]



Setiap apa yang datang dari Sang Kekasih pasti akan membahagiakan dan selalu membahagiakan.
Ujian tanda Allah sayang.
kalau nak bandingkan nikmat yang Allah hadiahkan,
aku tidak layak untuk mengeluh dengan satu ujian yang Allah beri.
Hakikatnya,ujian itu pastilah terselit satu kelembutan amat indah sekali.
ujian itu penuh kasih sayang dan sarat dengan cintaNya.




Terima Kasih Ya Allah..



Tuesday, 21 May 2013

Sebuah Rasa

Bismillahirrahmanirrahim

sebuah rasa,
pelbagai persoalan,
tapi aku sangat pasti,
pasti Allah menjawab segala persoalan itu dan ini,
meskipun aku ini hanya hamba yang punya iman yang compang-camping,
terkadang futur,
rebah dan jatuh,
namun,aku amat yakin Allah pasti membantu.

benar,
aku pasti akan lemah tanpa pertolonganNya,
andai Dia tidak menemani di setiap perjalanan kehidupan ini,
mengatur dan mengurus sebuah kehidupan bukanlah suatu yang mudah,
andai Dia tiada disisi.

ingatkah kita,
atau sudah kita lupa,
perjuangan Rasulullah serta para sahabat demi Islam tercinta.
aku mengerti dan aku sangat kagumi,
jalan yang mereka tempuhi dan syurga buat mereka itu sudah pasti,
janji Allah itu benar,
dan kita semua juga sedang berjuang,
ingin sekali menempah syurga untuk bersama mereka,
moga Allah izinkan.

hidup dalam kegelapan dengan dosa-dosa lalu,
sungguh perit,amat derita,
mungkin amat lalai dengan dunia,
sehingga Allah menyedarkan,
lalu akau tersentap,
mungkin tanpa dosa-dosa lalu,
aku masih tidak menghargai cahaya dan nur yang Allah terangi dalam hidupku,


alhamdulillah thumma alhamdulillah.

biarlah apa pun yang kita lalui,
sentiasa bersihkan hati,sucikan jiwa,
bukan mudah untuk menjadi seorang da'ie berjiwa kental,
redha Allah yang dicari,
ikhlas  dan thabat dalam mencari rahmat dan keredhaanNya.
untuk sebuah kejayaan kekal abadi di syurga Ilahi.

berlari. moga Allah melajukan kaki kita ini.
tinggalkan jahiliyyah yang bersarang dihati,
tinggalkan secara total,
bukan hangat-hangat tahi ayam,
lawan tetap lawan,
kerana kita diberi pilihan.
maka ,pilihlah yang mendekatkan kita kepadaNya,
pasti bahagia dalam dakapan rahmat  kasih sayang-Nya.


kita terpilih..
sedarlah..amat bertuah jika dipilih.
Dia memilih untuk merasai peritnya jahiliyyah,
Dia memilih untuk merasai manisnya sebuah perjuangan,
Dia memilih kita dijalan tarbiyyah,
pilihan dari Allah itu membawa ke arah satu permulaan kehidupan dihiasi iman,
pilihan dari Dia , membawa diri kenal Ilahi.

:")

alhamdulillah.
moga Allah kuatkan diri untuk terus berdiri dan berlari,
moga Allah kuatkan hati.

                                 

                                                                                                          


salam mujahadah.salam perjuangan.







Sunday, 19 May 2013

Bicara Hati

Bismillahirrahmanirrahim..

awak,,
tulisan ini saya hadiahkan untuk awak,
special tahu,
juga sebuah rasa yang ada di hati ini,
awak yang saya belum kenali,
Allah masih belum temukan kita,

awak,
Allah dah tulis cerita perjalanan hidup kita sejak kita dicipta,
dicipta untuk menjadi seorang Hamba,
ya,Hamba, juga khalifah didunia,
kita amat bertuah,
sebab Allah pilih,
pilih kita untuk hadir ke sebuah dunia,
merasai sebuah kehidupan sementara,
sebelum menuju kehidupan abadi,
di alam akhirat sana.

awak,
indah sungguh perancangan Tuhan,
dan sehingga kini,
Allah hadiahkan rasa.sebuah rasa kasih dan sayang,
untuk kita rasai.untuk kita renungi.
bahawa cinta itu kurniaan Ilahi,
cinta untuk Yang Maha Esa,
Dia punya perancanganNya sendiri,
jauh lebih Hebat dari perancangan kita,
dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk rasa 'cinta' ini.

awak,
kita ini punya jarak,
tidak sering berhubung,
tidak berbalas bicara,
dan kita sangat sibuk untuk mempersiapkan diri,
ya,kita tidak seperti mereka,
asyik dengan berbalas telefon,sms,
kita ini bercintakah?

yaa,,kita ni bercinta,
percayalah,tapi kita bercinta untuk ke syurga,
bercinta dengan definasiNya,,
bukan cinta biasa-biasa,
juga bukan definasi cinta mereka,
kita punya matlamat,
juga impian,
malah jelas kita punya halatuju,
destinasi abadi,
cinta yang bersulamkan iman,
moga Allah redhai.

kita punya impian,
mahu membina bahagia,
atas dasar hanya mencari redhaNya,
adakah kita hanya perlu duduk goyang kaki?
tanpa perlu berusaha mencarinya,
dan sebab itulah kita perlu berusaha,
mempersiapkan diri,
soal diri,tanya iman,
bagaimana hubungan kita dengan Maha Pencipta?
dan sejauh mana kita menjaga diri masing-masing,
sudah bersediakah?

awak,
saya tahu, kita punya tanggungjawab,
berat bukan amanah ibu dan ayah,,
besar harapan mereka,
mahu melihat kita berjaya,
dunia akhirat awak,
ingatlah,,Allah ciptakan kita untuk menjadi hamba yang taat,
patuh akan perintahNya,
untuk kita selamat sampai kepadaNya,
untuk kita menembusi syurgaNya..


awak,
apa-apa yang membawa kita ke syurga,
itulah namanya cinta,
dan apa-apa yang membawa kita ke neraka,
itu bukan namanya cinta,,
jelas bukan?

awak,
berkorbanlah,tinggalkan lah sisa-sisa jahiliyah,,
sungguh,saya amat harapkan,
doa dari awak,,
sama-sama kita usaha yuk!
baiki diri,
dan saya amat hargai setiap usaha,
Allah nilai..
setiap usaha untuk suatu perubahan besar,
demi sebuah kebahagiaan di masa depan,
moga Allah redhai setiap usaha kita.

juga saya sentiasa mendoakan,
agar kita terus kuat,thabat di atas jalan ini,
juga mengharapkan sebuah pertemuan,penuh barakah,
di suatu masa,dalam keadaan Allah menghalalkan hubungan ini.

yaa,,saya tahu,awak pun tahu,,
perit bukan pengorbanan yang kita lalui,
moga awak terus kuat,
mohon doakan saya juga kuat,

awak,
moga menjadi seorang rijal yang taat akan perintahNya,
seorang pejuang agama,
memimpin tangan ibu ,ayah dan keluarga,
juga memimpin tangan ini,
dalam menuju syurga abadi.


kamu,
yaa,awak lah orangnya,
ingatlah , cinta Allah itu Maha Agung,
sejauh mana kita katakan kita cinta padaNya,
namun,tak kan pernah sama dengan Agungnya cinta Maha Pencipta akan hambaNya,
sungguh, kasihnya Allah kepada kita..
subhanallah,Allah sentiasa bersama...
untuk setiap saat,detik dan ketika.
Allahuakbar

pecayalah,
pastinya,Allah sentiasa jaga kamu,
dan Dia lebih menjaga awak melebihiku,
dan Allah Maha Mengetahui,sedang kita tidak mengetahui.

senyum.

ikhlaskan diri,
jaga diri,jaga amal,jaga hati. :')

moga Allah melindungi.
^_^


 have faith in Him...never stop praying. janji Allah itu pasti.















Saturday, 18 May 2013

Bismillahhirrahmanirrahim

Mohon. Pinta. Harap

Allahu Allah..

Allah, aku mohon, disepanjang jalan yang aku lalui, kuatkanlah aku
lindungilah aku, sayangilah aku, bimbinglah aku, pimpinlah niatku,
kerana aku tahu Engkau sentiasa ada bersamaku ,

Allah, aku pinta , jagalah aku, dia dan sekalian umat manusia,
dalam bertatih,berjalan,kadang berlari,tersungkur,
aku pinta sedikit kekuatan dariMu,
kerana aku tahu Engkaulah pemilik kekuatan,

Allah, aku harap ampunilah aku, maafkanlah aku,
kerana aku ini hanya Hamba, Hamba-Mu yang amat lemah,
sungguh,aku mahu syurga-Mu,
namun,pantaskah aku?
layakkah aku?


Allah,sungguh aku malu, malu untuk meminta..
malu untuk memohon...
sudah banyak yang Engkau kurniakan,
bersyukurkah aku?
layakkah aku untuk meminta itu dan ini..
pastinya nikmat yang Allah kurniakan
tidak terhitung,banyak,sungguh banyak.

T_T

Bersyukurlah wahai diri...
Terima Kasih Tuhan,
atas setiap apa yang Engkau kurniakan..


^__^