Saturday, 17 August 2013

kata mereka



kata mereka.
suara hati kita?

susah untuk membuat mereka memahami kita.
pernah tak.
kita merasa lelah untuk memuaskan hati mereka?
selalu kita memikirkan perasaan mereka.

macam-macam kita buat.
segala sesuatu yang dizahirkkan sentiasa bersama harapan
harapkan mereka bahagia dengan cara kita.
ternyata bahagia  itu  tidak ada.
jika hadir pon,samar-samar.

mencuba.mencuba.terus mencuba.
hingga penat.
terduduk. termenung sendiri.
hingga kadangkala mahu berputus asa.
kadang terfikir susahnya untuk memahami kehendak mereka.




kita manusia.
tidak pernah sempurna.
hanya Allah yang Maha Sempurna.
dan sampai bila-bila pun tak kan pernah mampu memuaskan hati mereka.

sedar tak sedar.
kita selalu ingin memuaskan hati mereka.
kenapa perlu bersusah payah untuk memaskan hati mereka yang tak pernah puas?
sedangkan, apa yang perlu kita buat.
memuaskan hati Allah. mempersembahkan yang terbaik buat Dia.
T_T

kadang-kadang.
terasa takut untuk membuat sesuatu.
bimbang. khuatir jika mereka tidak suka.
terlalu kita memikirkan apa kata mereka.
siapa mereka untuk 'judge' kita begitu begini?

sesungguhnya Allah jualah yang berhak mengadili kita.
Hanya Allah Maha Adil. Maha Sempurna.
dan manusia tidak berhak untuk itu.


ingatlah.
kita tak kan mampu hidup di bawah pengadilan manusia.
yang jarang sekali berlaku adil untuk semua.

manusia sentiasa menjadi hakim dan pengadil untuk orang lain.
tak salah mungkin.
manusia berhak menilai.
cuma. nilailah mereka dari sudut yang membina.
nilaian dari kaca mata seorang manusia juga tidak sempurna.
tapi yang penting biarlah berhikmah dan berguna buat yang lain.




islam mendidik.
untuk sentiasa husnuzon.
bersangka baik.

kitalah manusia.
kitalah Hamba.
malu pada Dia *tunduk

_kebahagiaan bukan perlu dicari tetapi diraih_




No comments:

Post a Comment