:")
sahabat fillah.
begitu banyak kenangan kita.
aku pasti ia amat manis.
subhanallah.
hari-hari aku berjalan bersama kamu.
ternyata,aku sedari
kamulah antara watak-watak yang Allah hadirkan.
menemani perjalanan hidupku di bumi ini.
dan aku amat yakin,
setiap apa yang ditakdirkan itu bukan sia-sia,
melainkan untuk mengisi tarbiyah didalam jiwa.
banyak kenangan yang telah terjadi,
banyak impian dan harapan kita bina,
banyak kisah indah yang kita doakan bersama-sama berlaku.
dan sehingga saat ini,
semuanya indah di akhirnya.
alhamdulillah.
benar.
jika ikatan hati ini terpaut keranaNya,
jika ukhuwwah ini keranaNya,
aku harap ianya tersurat di dalam doa,
juga tersimpan kemas di dalam hati.
pastilah itu yang terbaik.
jika hari ni Allah jadikan aku
sebahagian dari ujian dalam hidupmu,
aku harap kamu tidak pernah letih
untuk bertahan
walau tidak setegak dan seteguh hari lalu.
ketahuilah sejauh mana pon kamu cuba berlari dari aku sekalipun.
aku tidak pernah menjarakkan kita dalam seuntai doa.
tulus dari hati.
kadangkala,
aku terfikir.
apakah ini sebuah tarbiyah dari Allah?
hadirnya kamu banyak mengajar aku.
erti sebuah ketaatan pada Sang Pencipta
setiap tutur dan bait kata-kata kamu.
penuh hikmah
banyaknya mengingatkan aku akan kebergantungan pada Allah.
lisanmu basah dengan zikir dan alunan suci kalamullah,
sehingga setiap kali aku bersama aku,
pasti segalanya mengingatkan aku kepada Allah.
aku rindu.
setiap kali aku futur.
kamu lah yang memberi kata semangat.
kamu lah yang memberi aku kata nasihat.
kamu lah yang menyedarkan aku
akan sebuah amanah.
akan sebuah tanggungjawab
sebagai hamba kepada DIA.
inilah antara sebuah pertemuan yang indah,
sepanjang hidupku sehingga hari ini.
dan sangat berharap.
untuk bertemu lagi insan-insan yang dapat mendekatkan aku pada Allah.
yang akan bersama-sama aku meneruskan perjuangan.
demi islam tercinta.
perpisahan.
itulah sesuatu yang aku amat takut ianya berlaku.
tapi aku amat pasti dan yakin
bahawa
ini lah aturan dari Allah yang terbaik
buat aku dan kamu.
terima kasih Tuhan.
terima kasih sahabat fillah
untuk setiap picisan memori jaulah ini.
semoga perpisahan sementara ini.
menjadikan aku dan kamu
insan yang lebih bersyukur.
dan menghargai setiap nikmat yang Allah kurnia.
salam sayang buat kamu kerana Allah
ukhuwwah fillah abadan abada.
semoga bertemu lagi di reunion cinta
di syurga nanti. biiznillah :")
No comments:
Post a Comment